fbpx
OSMAN (berdiri, tiga dari kiri) bersama Frankie (duduk, dua dari kiri) dan penjejak durian di Kampung Terbol Kuala Krau di Temerloh semalam.

Durian kura-kura berbuah pada batang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Biasanya durian akan berbuah di dahan, berbeza dengan sepohon durian di Kampung Terbol dekat Kuala Krau di sini yang berbuah di batang.

Keadaan itu membuatkan pokok durian milik Osman Raman, 40, yang dikenali sebagai durian kura-kura itu menjadi perhatian orang ramai khususnya penggemar raja buah.

Osman berkata, pokok durian berkenaan di tanam bapanya di dalam kawasan semak, kira-kira 150 meter daripada belakang rumahnya.

“Sudah lama pokok ini berbuah, namun saya tidak mempedulikannya kerana agak jauh dari rumah sehingga mendapat perhatian sekumpulan penjejak durian.

“Durian ini dinamakan durian kura-kura kerana kura-kura pun dapat makan buah yang berada di pangkal pokok,” katanya di sini semalam.

Ditanya mengenai benih pokok berkenaan Osman berkata, dia tidak pasti dari mana bapa­nya mendapat benih menanam pokok berkenaan.

Katanya, pada kali ini hanya terdapat kira-kira sembilan biji durian di pokok berkenaan yang mendapat perhatian ramai penggemar durian.

“Saya tidak pernah menjual buahnya tetapi kali ini ramai yang mahu membeli dan merasa buahnya dan ramai juga yang menempah benihnya,” katanya yang turut memiliki 10 pokok durian pelbagai jenis di kawasan rumahnya.

Sementara itu seorang penggemar dan penjejak durian, Frankie Loh berkata, sepanjang pengalaman me­ninjau pokok durian, ini pertama kali dia mene­mui durian kura-kura berwarna hijau di Pahang.

Ujarnya, sebelum ini durian yang tumbuh di batang turut ditemui di Raub tetapi warna durian berkenaan berwarna seakan merah tua.

Katanya, difahamkan durian berkenaan juga tidak berhenti berbuah seperti durian lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN