fbpx
Pemandu kenderaan disaran supaya mengawal perasaan ketika berada di jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Hati-hati pembuli jalan raya kini semakin ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kebelakangan ini kita sering menonton di media sosial yang memperlihatkan sisi buruk sebahagian manusia yang gagal mengawal kemarahan dan membuli pengguna jalan raya lain dengan perilaku yang tidak sepatutnya.

Ada yang menendang cermin sisi kereta dengan kaki ketika menunggang motosikal, ada juga yang bertindak menghentak topi keledar atau barangan lain seperti besi pada cermin kenderaan yang mengakibatkan mangsa berada dalam ketakutan.

Mungkin kalau diikutkan, mangsa yang mereka buli tidak melakukan kesalahan pun, kalau ada pun mungkin kecil seperti lambat menukar dari lorong untuk pemanduan laju kepada lorong perlahan.

Ada juga kes pemandu kereta yang mahu menukar lorong dibuli penunggang motosikal yang seolah-olah bertindak seperti raja jalanan dengan membunyikan hon panjang dan menunjukkan jari tengah.

Lebih parah terdapat kes penunggang motosikal yang tidak berpuas hati dan gagal mengawal emosi dan bertindak menendang pintu kereta mangsa.

Semua ini dianggap pembuli jalan raya yang boleh mencetuskan pergaduhan teruk sehingga mengakibatkan kecederaan sekiranya kedua-dua pihak, mangsa dan pelaku sama-sama gagal mengawal perasaan ketika kejadian.

Persoalannya, apa yang menyebabkan mereka yang sering membuli orang lain terutama di jalan raya? Adakah mereka tidak takut akan menanggung akibat daripada perbuatan dianggap tidak ‘bertamadun’ itu?

Ada beberapa faktor utama yang menyebabkan mereka sering bertindak agresif biarpun orang yang mereka buli semasa berada di jalan raya tidak melakukan kesalahan, kalau ada pun kecil sahaja.

Kalau difikirkan semua itu tidak perlu berakhir dengan tindakan ganas sehingga merosakkan harta benda orang lain.

Salah satu punca yang mungkin menjadi penyebab pemandu sering bertindak agresif adalah tekanan hidup serta cabaran untuk memenuhi keperluan semasa dalam hidup.

Mereka yang bertindak sedemikian tidak memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain, lazimnya gagal mengawal emosi terutamanya ketika tergesa-gesa untuk menuju ke satu-satu lokasi atau berdepan tekanan peribadi.

Kadangkala masalah peribadi terbawa-bawa ketika memandu menyebabkan mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada keselamatan diri ketika berada di jalan raya.

Bagi mereka yang menjadi mangsa buli jangan terus panik, kekal bersikap tenang dan tidak perlu melawan kerana ini akan memburukkan lagi keadaan seperti mencurah minyak ke dalam api kerana orang yang agresif gagal berfikir dengan waras dan boleh bertindak lebih ganas.

Sesekali jangan buat sebarang provokasi, selain menjarakkan kenderaan anda dan elakkan daripada berkonfrontasi kerana keselamatan diri lebih penting.

Seterusnya, anda perlu merakam insiden menggunakan dashcam di dalam kenderaan atau telefon bimbit sebagai bukti kejadian dan terus membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN