fbpx
Salah sebuah rumah yang terlibat banjir di Taiping.

Hanya 10 PPS beroperasi, tempatkan 886 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Situasi banjir di negeri ini semakin reda apabila hanya 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi bagi menempatkan 886 mangsa daripada 288 buah keluarga setakat pukul 2 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, Manjung kekal sebagai daerah dengan paling ramai mangsa iaitu seramai 443 penduduk (46 keluarga) dengan lima PPS masih beroperasi di sana.

Katanya, ia diikuti Kerian yang menyaksikan 161 mangsa daripada 56 buah keluarga masih berlindung di dua PPS, serta Larut, Matang dan Selama dengan 144 mangsa daripada 46 keluarga dengan mereka masih menghuni PPS Sekolah Kebangsaan Matang.

“Seterusnya ialah daerah Perak Tengah yang mempunyai 110 mangsa daripada 31 buah keluarga, dengan sebuah PPS digunakan bagi melindungi kesemua penduduk tersebut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, Hilir Perak juga mempunyai sebuah PPS yang masih beroperasi dengan 28 mangsa daripada lima buah keluarga berlindung dari banjir di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI