PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul sehingga 4 petang ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas dalam amaran cuaca buruk itu ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan. “Di Terengganu pula melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang turut terlibat dalam cuaca buruk itu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE














