fbpx
BINTANG Liverpool, Mohamed Salah turut dikecam kerana baru meledak dua gol daripada lapan aksi EPL musim ini. - AFP

Peluang Liverpool lenyapkan kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot berada dalam keadaan cukup tertekan ketika ini selepas gagal mengemudi pasukan mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir.

Lebih merisaukan, The Reds tewas dalam keempat-empat perlawanan tersebut sehingga menyaksikan mereka semakin jauh ketinggalan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Walaupun berpeluang untuk melakukan kebangkitan bertemu Eintracht Frankfurt pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Deutsche Bank Park awal pagi esok, namun Slot tidak mahu menjanjikan ‘bulan dan bintang’.

Beliau menjelaskan, pemain-pemainnya masih belum hilang keyakinan selain memiliki keazaman cukup tinggi untuk kembali mendapatkan rentak kemenangan selepas dibelenggu aksi cukup hambar.

“Adakah kami sudah hilang keyakinan? Tidak sama sekali kerana semua pemain sentiasa memberikan segala-galanya dan mencipta banyak peluang menjaringkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi kami.

“Memang benar kami berpeluang untuk bangkit Rabu ini (awal pagi esok) tetapi saya tidak boleh berjanji kami mampu mencipta lapan ataupun 10 peluang menjaringkan gol. Apa yang penting adalah melakukan jaringan,” katanya.

Sementara itu, beliau menganggap empat kekalahan berturut-turut sebagai cabaran dan mahu membuktikan sesuatu selepas ramai yang mula membandingkannya dengan bekas pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

“Sebagai pengurus, memang akan sentiasa ada cabaran, lebih-lebih lagi apabila menyertai pasukan besar seperti Liverpool. Sudah tentu saya mahu untuk kembali mencatat kemenangan bersama pasukan,” ujar Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI