LITTLE ROCK, ARKANSAS – Seorang lelaki Britain memecahkan rekod dunia dengan mengayuh basikal pada kelajuan 283.06 kilometer sejam di belakang sebuah trak pikap berkuasa tinggi untuk menghasilkan arus gelincir lapor laman berita Gulfshore Business kelmarin.
Neil Campbell mencatatkan rekod dunia untuk kayuhan basikal terpantas dalam arus gelincir.
Percubaan mengagumkan itu dilakukan di negeri Arkansas, Amerika Syarikat pada 5 Oktober lalu.
Pencapaian Campbell sekali gus mengatasi rekodnya sendiri pada 2019 dengan kelajuan
mencecah 280.55 kilometer sejam.
Menurut Campbell, dia merancang untuk menjadi orang pertama mengayuh basikal mencecah
kelajuan 321.86 kilometer sejam.
Lelaki berkenaan melakukan percubaan itu dengan menunggang basikal khas dilengkapi sistem pacuan canggih dan gear besar.
Dia akan menyerahkan bukti percubaan itu kepada Guinness World Records untuk pengesahan rasmi. – AGENSI