fbpx
KEMUNCULAN Azhar Sulaiman menerusi Bintang Di Langit Syawal dinantikan ramai.

Dahulu ‘abang’ sekarang ‘tapau’ watak lelaki lembut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SENTIASA mencari kelainan dalam lakonan dan itu yang dilakukan Azhar Sulaiman untuk drama lakonannya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kalau dahulunya cukup sinonim dengan filem Abang 92, kini menerusi drama berjudul Bintang Di Langit Syawal tersebut, difahamkan Azhar melakonkan watak lelaki lembut yang umum tahu karakter sebegitu pasti meraih perhatian dan kecaman.

Bukan sahaja penonton, Azhar juga teruja untuk mempersembahkan karakter tersebut kepada penonton selain berdoa berpeluang memenangi sebarang trofi anugerah.

“Saya doakan semoga watak ini akan memberi trofi,” katanya.

Selain Azhar, naskhah arahan Bahri Uma yang mula bersiaran pada 23 Oktober ini menerusi slot Samarinda TV3.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI