fbpx
Sebilangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok di daerah Kuala Muda turut terkesan dengan jangkitan influenza, baru-baru ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Influenza meningkat tiga kali ganda di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kedah mencatatkan peningkatan kes influenza lebih tiga kali ganda tahun ini dengan 2,505 kes sehingga kelmarin berbanding 834 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sebanyak 47 kluster dikenal pasti pada tahun ini berbanding 16 kluster pada tahun lepas dalam tempoh tersebut.

“Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan berlaku peningkatan kes harian di Yan dengan 153 kes, Kota Setar (76) dan Sik (56) pada Selasa lepas dengan keseluruhan 307 kes.

“Setakat ini sebanyak lima kluster baharu dikesan dengan Kuala Muda sebanyak dua kluster, Kota Setar, Sik dan Yan masing-masing satu kluster,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, Yan mencatatkan kes tertinggi ketika ini dengan 451 kes, sementara Kubang Pasu (443) dan Kuala Muda (396).

“Kebanyakan kes melibatkan pelajar termasuk asrama dan institusi pendidikan kerajaan namun keadaan terkawal apabila Jabatan Kesihatan negeri melaksanakan langkah kawalan di semua premis terlibat,” katanya.

Katanya, semua pihak dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan ibu hamil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI