fbpx
DUA lelaki Indonesia diberkas APMM selepas cuba menyeludup dadah menggunakan bot di di kawasan pesisir pantai Forest City, Iskandar Puteri, kelmarin. - Foto IHSAN APMM

Lelaki Indonesia cuba seludup syabu, ‘mushroom’ naik bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Cubaan dua lelaki Indonesia menyeludup dadah jenis syabu dan cecair vape berperisa ‘mushroom’ bernilai RM165,000 tidak berhasil apabila mereka dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhampiran pesisir pantai Forest City di sini, kelmarin.

Pemangku Pengarah APMM Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kedua-dua suspek berusia 40 dan 33 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 pagi.

“Pasukan operasi dipecahkan kepada tim laut dan tim darat telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan sebelum suspek bertindak cuba melarikan diri.

“Tindakan pantas dilakukan pasukan Bot Perkasa 43 berjaya menahan kedua-dua suspek di tepi pantai Forest City.

“Pemeriksaan mendapati dua bungkusan plastik lutsinar berisi syabu seberat 1,993 gram 499 unit bungkusan plastik berisi cecair dadah jenis ‘mushroom vape’ bernilai RM165,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kama Azri, kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI