SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam memastikan gambar mangsa dan suspek dalam kes pembunuhan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama terus disebarkan di media sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menegaskan, tindakan menyebarkan bahan tersebut termasuk wajah suspek dan mangsa adalah tidak wajar kerana kedua-duanya masih di bawah umur.
“Kedua-dua pelajar terbabit masih bawah umur, jadi gambar serta video mereka tidak boleh disebarkan dalam talian.
“Kita juga sedang bekerjasama dengan MCMC bagi menyekat penularan bahan tersebut, “katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau menambah, orang ramai serta pihak media dinasihatkan memberi ruang secukupnya kepada keluarga mangsa untuk meratapi kehilangan tersebut. – KOSMO! ONLINE