fbpx
GAMBAR fail jongkong emas. - Foto AFP

Harga emas melonjak tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Harga emas melonjak melebihi AS$4,100 (RM17,344) satu auns atau 28.34 gram sekali gus paras tertinggi dalam sejarah berikutan ketegangan perdagangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China, lapor portal berita The Nation hari ini.

Peningkatan turut didorong  jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat. 

Penganalisis-penganalisis  menjangkakan logam berharga itu boleh mencecah paras AS$5,000 (RM21,151) pada 2026.

Harga emas di pasaran tunai meningkat 1.8 peratus kepada AS$4,106.48 (RM17,380) untuk satu auns  dan mencapai paras tertinggi sepanjang masa iaitu AS$4,116.77 (RM17,412). 

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember 2025 turut melonjak 3.3 peratus kepada AS$4,133 (RM17,398) untuk satu auns.

Setakat tahun ini, harga emas telah meningkat sebanyak 56 peratus melepasi paras AS$4,000 (RM16,920) untuk satu auns buat pertama kalinya minggu lalu. 

Kenaikan itu disokong ketidaktentuan geopolitik, tekanan ekonomi, jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan dan pembelian berterusan oleh bank-bank pusat di seluruh dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN