fbpx
MUHAMAD Najmuddin (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 12 tahun di Chemor tahun lalu.

Guru tidak mengaku amang pelajar 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang bekas guru agama sebuah sekolah rendah di Chemor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 12 tahun pada Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Najmuddin Jamal, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa dengan cara menyentuh kemaluan kanak-kanak itu di sebuah sekolah rendah di Hulu Chepor, Chemor pada waktu siang sekitar bulan Ogos 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, peguam bela, Khairul Anuar Musa yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan minimum atas alasan lelaki itu yang bekerja sebagai pegawai pemaju masyarakat di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak Februari lalu meraih pendapatan bulanan sebanyak RM1,100.

Katanya, dengan pendapatan itu, tertuduh menanggung ibu bapa yang mempunyai sakit darah tinggi, kolestrol dan kencing manis selain adik bongsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI