fbpx
Aksi suspek yang tular ketika cuba memecah masuk rumah di Jalan Kebun

[VIDEO] Penduduk Jalan Kebun kepung lelaki panjat bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Cubaan seorang lelaki warga Indonesia memecah masuk ke sebuah rumah di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini awal pagi semalam gagal selepas penduduk bertindak pantas mengepung kawasan itu sebelum menangkapnya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.32 pagi itu apabila tuan rumah terdengar bunyi mencurigakan di atas bumbung sebelum menyedari ada individu cuba menceroboh masuk ke dalam kediamannya.

Insiden itu turut tular menerusi video dan beberapa keping gambar melibatkan aksi suspek berusia 38 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, tuan rumah kemudian keluar meminta bantuan penduduk yang bertindak mengepung kawasan berkenaan untuk menahan suspek.

Katanya, anggota unit kereta peronda (MPV) yang menerima maklumat berhubungnya segera ke lokasi kejadian.

“Pasukan peronda MPV yang tiba di lokasi mendapati penduduk telah menangkap seorang lelaki dipercayai cuba memecah masuk ke rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai pekerjaan dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang boleh membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda.

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah untuk berada di Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Aznor Zainal di talian 017-3989155. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI