JAKARTA – Bunyi misteri yang mengganggu kehidupan sebuah keluarga selama seminggu akhirnya terungkai apabila ia didapati berasal daripada seekor biawak, lapor laman berita Kompas hari ini.
Menurut pemilik rumah, Sandra, sudah kira-kira seminggu bunyi seperti sesuatu menghempas didengari datang dari arah stor rumahnya di Ungaran Barat, Semarang, wilayah Jawa Tengah.
“Namun, kami tidak mengetahui apakah punca bunyi itu,” katanya.
Seekor biawak akhirnya ditemukan berdekatan sebuah almari di dalam stor sebelum Sandra melaporkan perkara itu kepada bomba.
“Penangkapan biawak yang agak besar itu dilakukan pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).
“Operasi berjalan lancar, manakala pegawai menangkapnya dengan bantuan abah-abah dan melepaskannya ke habitat semula jadi,” kata Ketua Bomba Ungaran, Mujiyanto. – AGENSI