fbpx
PASUKAN penyelamat sedang melakukan operasi SAR mengesan kedudukan kereta Proton Saga yang tenggelam di dalam Sungai Panchor, Pagoh, Muar hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Proton Saga terjunam sungai, pemandu dilaporkan hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang pemandu Proton Saga dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan sebelum terjunam ke dalam Sungai Panchor, Pagoh di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.42 petang.

Katanya, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebuah kereta Proton Saga berwarna hitam terjunam ke dalam sungai selepas kemalangan, namun nombor pendaftarannya belum dapat dikenal pasti.

“Berdasarkan maklumat awal saksi, terdapat seorang mangsa iaitu pemandu berada di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nor Alfatah berkata, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI