fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah bot yang mengibarkan bendera Israel pada Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, Kota Bharu pada Jumaat lalu.

Kibar bendera Israel: Penganjur program bot beri keterangan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Penganjur Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, di sini Jumaat lalu yang terpalit dengan insiden mengibar bendera Israel semasa gimik dan lakonan semula akan memberi keterangan kepada polis hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, sebarang penggunaan lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel merupakan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, Jumaat lalu.

Siasatan dijalankan meskipun perbuatan itu sekadar gimik dan lakonan semula yang dikaitkan dengan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Beliau berkata, pertubuhan yang mahu membuat persembahan dinasihatkan supaya tidak mengibarkan bendera Israel dalam sebarang bentuk protes meskipun dengan niat mengecam kekejaman rejim tersebut.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tular satu video memaparkan sekumpulan individu melakukan gimik solidariti Palestin dengan mengibarkan bendera Israel.

Menerusi video itu, sebuah bot dilihat membuat gimik dengan berlakon sebagai tentera Israel sambil mengibarkan lima helai bendera rejim itu yang dipacak di atas bot berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI