fbpx
Tangkap layar hantaran di Threads memaparkan poster amaran untuk pemandu memperlahankan kenderaan.

Tampal poster ‘kucing sedang berjalan’ demi keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Demi melindungi kucing peliharaan yang berkeliaran di kawasan perumahan, seorang wanita sanggup menampal poster amaran agar pemandu memperlahankan kenderaan mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian pengguna Threads @i.zblablabla_, wanita berkenaan mengambil inisiatif untuk menampal poster disebabkan pemandu yang sering memandu laju di kawasan taman tersebut.

Poster yang ditulis ‘Perlahankan kenderaan. Kucing sedang berjalan. Memandu dengan perlahan untuk pastikan mereka selamat’ ditampalkan di beberapa tiang berdekatan kawasan perumahan.

“Saya stres orang bawa laju dalam kawasan taman perumahan. Jadi saya buat ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji tindakan prihatin wanita tersebut.

“Bagi pihak semua majikan (kucing) kami, kami para bibik nak cakap terima kasih!,” komen Zoora.

“Wah, kena buat macam ni kat semua kawasan perumahan, boleh selamatkan banyak nyawa kucing,” kata Fahdrafts.

“Bagusnya idea! Sukanya! Awak ni memang orang yang baik,” komen Hafsah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI