fbpx
INDONESIA berdepan kekalahan kedua apabila tunduk berdepan Iraq sekali gus menutup impian mereka untuk melangkah ke Piala Dunia 2026. - AFC

Kelayakan Piala Dunia: Impian Indonesia akhirnya terhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEDDAH – Impian besar Indonesia untuk memburu tempat ke Piala Dunia menemui titik noktah selepas tewas 0-1 kepada Iraq pada aksi Kumpulan B kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium King Abdullah, awal pagi semalam.

Ia adalah kekalahan kedua skuad Garuda selepas turut tumpas 2-3 kepada Arab Saudi pada perlawanan pertama dan situasi itu mula mencetuskan kurang senang penyokong mereka terhadap pengendali pasukan, Patrick Kluivert.

Bagaimanapun, Kluivert akui pasukannya sudah bekerja keras untuk melakar sejarah layak ke Piala Dunia dan kini nyata sukar untuknya dan semua orang menelan hakikat impian besar itu sudah pun berakhir.

“Sukar membayangkan impian ke Piala Dunia hilang setelah semua kerja keras dilakukan. Saya sangat kecewa karena kami semua telah berhempas pulas, melibatkan semua staf pasukan hingga para pemain untuk tujuan ini,” katanya.

Biarpun gagal, Kluivert mengakui pasukan itu sudah pun menyerlahkan perkembangan yang baik, sama ada secara individu atau pun berpasukan.

“Semua hasil yang kami raih adalah bagus dan saya fikir kami telah berkembang pesat sebagai satu pasukan, sama ada secara individu ataupun kolektif.

“Masyarakat Indonesia berhak untuk bangga dengan para pemain mereka. Mereka telah bekerja keras untuk mewujudkan impian semua orang, bukan hanya impian saya atau impian para pemain, tetapi impian seluruh bangsa Indonesia,” katanya.

Ketika ini, kempen #KluivertOut dan #PatrickOut mula berlegar di laman media sosial, menyaksikan peminat di negara itu mula mengkritik jurulatih berkenaan dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI