fbpx
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita pada program itu di Puncak Alam, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

PRN Sabah: BN pertaruh calon MCA, PBRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Barisan Nasional (BN) akan mempertaruhkan calon daripada MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk bertanding mewakili komponen itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Namun, MIC berkemungkinan tidak diletakkan calon berikutan jumlah pengundi kaum India yang kecil di negeri berkenaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah dan kerusi dan calon itu akan diumumkan menjelang hari penamaan calon kelak.

“MCA kita akan berikan calon untuk bertanding dan begitu juga PBS sebagai parti komponen dalam BN.

“MIC mungkin tidak sebab jumlah pengundi India terlalu kecil dan tidak signifikan di Sabah,” katanya ketika ditemui pada program Outreach Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus Puncak Alam di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, calon BN kebanyakannya terdiri daripada muka baharu selain mengekalkan muka lama sedia ada.

“Kita juga akan ramaikan juga golongan profesional untuk diletakkan sebagai calon. Selain itu, kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN telah dimuktamadkan dan tiada pertindihan kerusi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI