fbpx
Kucing yang dibuang di jalanan akan mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat, kesihatan awam dan alam sekitar.

Awal comel, dah banyak jadi beban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kucing yang dahulunya hidup dalam penuh belaian kasih sayang, tetapi kini berakhir di tepi jalan.

Semuanya kerana kos pemandulan yang dianggap mahal, menyebabkan ramai pemilik tidak mampu menanggungnya dan memilih jalan mudah dengan membuang haiwan peliharaan tanpa belas kasihan.

Akibatnya, populasi kucing terbiar terus meningkat sehingga berkeliaran di kawasan perumahan dengan najis merata-rata, malah berisiko menyebarkan penyakit kepada haiwan peliharaan lain.

Seorang kakitangan swasta, Aini Musa, 28, berkata, ramai individu atau pihak tertentu memelihara kucing tanpa memikirkan komitmen jangka panjang termasuk kos makanan, ubat-ubatan dan rawatan kesihatan.

“Ada yang rasa comel masa kecil, tapi apabila kucing tu mula beranak-pinak dan kos penja­gaan meningkat, terus buang macam itu saja.

“Sedangkan kalau tidak mampu nak bela banyak, mandulkanlah kucing itu,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Menurutnya, situasi itu berlaku di kawasan perumahannya dan dia kasihan melihat ada ku­cing yang sakit mata, kurus ke­ring dan hidung berair.

“Masalah lain seperti najis merata-rata itu perkara biasa, saya dan jiran-jiran ada bantu beri kucing-kucing itu makan, malah ada yang bawakan ke klinik, tetapi biasanya kucing tersebut akhirnya mati akibat penyakit,” ujarnya.

Gambar tular di media sosial beberapa ekor kucing dibuang di dalam kotak.

Katanya, pemilik sepatutnya menjaga haiwan mereka dengan baik termasuk menjalani proses pemandulan jika tidak mahu ia terus membiak.

“Kelemahan dari sudut pe­nguatkuasaan undang-undang berkaitan pengabaian dan kekejaman terhadap haiwan juga menyumbang kepada isu itu yang semakin membarah.

“Apabila hukuman cuma de­nda denda beberapa ratus ringgit, orang tak takut,” katanya.

Doktor Perubatan Veterinar, Dr. Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali berkata, masalah itu tidak pernah selesai kerana tahap kesedaran masyarakat masih rendah terhadap kepen­tingan memandulkan haiwan peliharaan.

Katanya, ramai pemilik haiwan masih beranggapan pemandulan itu satu perbuatan yang zalim atau berdosa.

“Ada juga yang percaya haiwan perlu dibiarkan mengikut naluri, sedangkan ini satu kefahaman yang salah.

“Pemandulan haiwan sepatutnya dilihat sebagai satu bentuk tanggungjawab pemilik dalam memastikan kucing tidak membiak secara berlebihan sehingga akhirnya dibuang apabila tidak lagi mampu dijaga,” kata­nya.

Menurutnya, penguatkuasaan undang-undang berkaitan pembuangan dan penganiayaan haiwan juga perlu diperketatkan.

“Setiap hari ada sahaja kes kucing didera, diracun dan dibunuh, tetapi ramai yang enggan buat laporan kerana takut bergaduh dengan jiran atau berasa perkara itu remeh. Akhirnya pelaku terlepas,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN