fbpx
Pasukan polis forensik ketika di lokasi kejadian di Flat Ampang Jajar, Butterworth, semalam.

Mayat dalam bagasi mangsa bunuh, mati akibat lemas – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan punca kematian seorang lelaki tempatan yang mayatnya ditemukan dalam bagasi di kawasan lapang belakang flat Ampang Jajar, Permatang Pauh semalam akibat lemas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, perkara itu diperoleh hasil laporan bedah siasat yang dijalankan pakar forensik Hospital Pulau Pinang.

Katanya, dalam kejadian semalam, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki berusia 31 tahun.

“Mayat ditemukan dengan kesan kecederaan di leher, tangannya diikat, manakala kepala diserkup dengan plastik.

“Kita masih menyiasat sama ada mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibungkus, dimasukkan ke dalam beg sebelum dicampak di kawasan tersebut.

“Pengecaman ke atas mayat lelaki itu dilakukan oleh keluarga terdekat. Siasatan mendapati mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada 8 Oktober lalu,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI