fbpx
Gambar yang dikongsi di Facebook MyCare

‘Ibu kita dah pulang…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sembilan delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) selamat tiba di Istanbul, Turkiye malam ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) menerusi hantaran di Facebook malam ini.

“Ibu kita dah pulang…Alhamdulillah kesemua sembilan delegasi Malaysia selamat tiba di Istanbul,” katanya.

Terdahulu, MyCare menerima pengesahan daripada Wisma Putra berhubung pelepasan kesemua aktivis Malaysia dari Israel dan penghantaran mereka ke Turkiye.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar dilaporkan berkata, pihaknya menghantar wakil ke Istanbul bagi membantu urusan ketibaan, penyelarasan logistik dan kebajikan delegasi Malaysia.

Kesemua aktivis itu dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini selepas menjalani beberapa urusan dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN