BUKAN kaleng-kaleng kereta dibeli pempengaruh, Kasih Iris Leona yang berkunjung ke sebuah ruang pameran kenderaan, baru-baru ini.
Lengkap dengan riben gergasi, bersinar wajah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu melihat jentera hasil titik peluh sendiri di depan mata.
Foto bersama kereta elektrik Proton, Emas 7 itu dikongsikaannya menerusi media sosial yang membuatkan netizen teruja.
Bahkan, nombor plat ‘cantik’ dengan huruf PHM1 dipercayai mempunyai nilai sentimental kepadanya apabila dikaitkan dengan nama insan kesayangan, Datuk Pahamin Rajab.
Allahyarham yang rapat dengan Leona menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di London pada 9 Julai 2023.
Pada masa sama bukan kereta yang menjadi bahan bualan, tetapi plat digunakan dikhabarkan bukan harga biasa-biasa, bahkan didakwa lebih mahal berbanding harga kereta sekitar RM105,000 hingga RM120,000 mengikut varian. Tahniah Leona!
DIVA: Meriah sungguh konsert Hausboom di Serdang malam tadi, malam ini pun ada lagi. Hebat betul suasana konsert ketika ini, tak berhenti, makin lebat pula!