fbpx
Gambar hiasan

Belanjawan 2026: RM2.62 bilion bela nasib pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, sebanyak RM2.62 bilion disediakan tahun depan untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah.

Beliau berkata, subsidi dan bantuan itu antaranya subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih dan insentif pengeluaran padi.

“Kerajaan Madani membela nasib para pesawah dengan menyediakan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah.

“Bermula tahun ini, Kerajaan Madani menaikkan kadar insentif pembajakan dan insentif racun masing-masing kepada RM160 dan RM300 sehektar semusim,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, kerajaan juga memperkenalkan insentif baharu iaitu Insentif Penuaian Padi RM50 sehektar semusim bagi menampung penggunaan diesel untuk jentuai.

Katanya, dianggarkan setiap pesawah menerima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar berbanding RM3,790 sehektar bagi setiap musim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN