fbpx
SALAH memperlihatkan penurunan terutama dari aspek sentuhan terakhirnya bersama Liverpool musim ini. - AFP

EPL: Salah perlu lebih tenang, ‘waras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bintang Liverpool, Mohamed Salah perlu lebih bijak dalam permainannya untuk memastikan dia terus relevan membantu pasukan itu mengekalkan prestasi terbaik mereka musim ini.

Bekas pemain Liverpool, Danny Murphy merasakan perkara itu menjadi isu utama buat pemain kebangsaan Mesir itu hingga tidak mampu menyerlahkan potensi sebenarnya dalam tujuh perlawanan awal setakat ini.

“Bagi saya dia sudah pun menetapkan satu tahap kualiti yang cukup tinggi. Tetapi, dia sering melakukan rembatan ketika dia sebenarnya wajar membuat hantaran kepada rakan sepasukan, begitu juga sebaliknya.

“Adakalanya percubaannya melambung tinggi, jadi bagi saya sentuhan akhirnya musim ini agak menurun. Secara fizikal, dia kekal sama, makin cergas dan saya tidak bimbang mengenai perkara ini.

“Dari apa yang mereka lakukan, saya tidak fikir dia ‘hilang’, tetapi hanya sentuhan akhirnya tidak seperti yang biasa kita lihat,” katanya.

Aksi berbeza dijelmakan Salah bersama skuad kebangsaan Mesir apabila menyumbangkan dua gol untuk menewaskan Djibouti 3-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dan khidmatnya pasti ditagih Liverpool untuk aksi menentang Manchester United, 19 Oktober ini.

Musim lalu, Salah kekal sebagai watak penting buat The Reds dan pengurus pasukan, Arne Slot untuk menoktahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris malah diangkat sebagai penjaring terbanyak dengan 29 gol. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI