fbpx
Gambar hiasan.

Belanjawan 2026: Semoga ada ‘manis-manis’ untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia tidak sabar menantikan pelbagai khabar baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat pada petang ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial Perdana Menteri, orang ramai meluahkan perasaan ternanti-nanti pembentangan tersebut selain mengharapkan pelbagai bantuan boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad Aizat Naser turut berharapkan ada sesuatu bakal diumumkan oleh Anwar untuk rakyat Malaysia.

“Semoga ada manis-manis untuk rakyat,” katanya meninggalkan komen pada Facebook Perdana Menteri.

Seorang pengguna dikenali sebagai Az pula menjangkakan Belanjawan Madani 2026 turut terselit solusi bagi membantu masalah dihadapi masyarakat.

“Saya tak sabar tengok belanjawan ni. Mungkin ada solusi baharu untuk masalah rakyat. Harap PMX peka dengan keperluan sebenarnya. Semoga Allah permudah segala urusan,” katanya.

Nurul Nabila pula berkata, bantuan yang bakal diumumkan pada petang ini sedikit sebanyak membantu rakyat tanpa terbeban dengan hutang.

“Sokongan untuk Belanjawan Madani adalah penting sebab ia akan pastikan rakyat dibantu tanpa beban hutang. Saya harap semua dapat beri perhatian pada pembentangan ini sebab ia langkah ke depan untuk negara kita. PMX pasti akan buat yang terbaik,” katanya.

Kosmo! Online melaporkan, Perdana Menteri mengajak semua rakyat menyaksikan pembentangan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat, petang ini.

Pembentangan tersebut akan disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama kira-kira pukul 4 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN