fbpx
Pasukan polis forensik di lokasi kejadian penemuan mayat dalam bagasi di Ampang Jajar, Butterworth, hari ini.

Misteri mayat di dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis sedang menyiasat berhubung penemuan mayat dalam satu bagasi di kawasan lapang, berhampiran flat di Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam kira-kira pukul 1.43 petang tadi.

“Siasatan masih dijalankan dan polis akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa,” katanya ringkas.

Tambahnya, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan bagi membantu siasatan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI