fbpx
Kapal Conscience

Kapal Conscience, 92 sukarelawan tiba di Pelabuhan Ashdod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal Conscience yang membawa 92 orang doktor perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan termasuk lapan orang rakyat Malaysia dilaporkan tiba di Pelabuhan Ashdod kira-kira pukul 12.45 pagi tadi waktu Malaysia.

Humanitarian Care Malaysia (MyCare) memaklumkan, para peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) juga dilaporkan telah bersiap sedia di pelabuhan untuk meninjau keadaan mereka bagi pihak Freedom Flotilla Coalition (FFC).

“Lapan buah kapal yang lain belum diketahui status mereka setakat ini,” kata MyCare menerusi kenyataan, pagi ini.

Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.

Selain itu, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil, turut berada di atas kapal sama.

Seorang lagi doktor perubatan, iaitu Dr Maziah Muhammad pula berada di atas kapal Umm Saad.

Terdahulu, media melaporkan, sembilan rakyat Malaysia ditahan tentera Israel apabila kapal yang dinaiki mereka dalam misi kemanusiaan FFC x Thousand Madleens to Gaza dipintas pada pukul 10.50 pagi semalam waktu Malaysia.

Mereka yang ditahan itu merupakan peserta gelombang ketiga flotilla kemanusiaan yang berlepas secara berperingkat menuju ke Gaza dengan membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan, Ahli Parlimen dan aktivis kemanusiaan.

Susulan itu, Adalah memaklumkan telah menulis kepada pihak berkuasa Israel bahawa pertubuhan itu akan mewakili semua peserta flotila dan menuntut akses segera kepada mereka sebaik tiba di Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI