fbpx
GAMBAR fail Donald Trump (kiri) dan Greta Thunberg. - Foto ANP/EPA/Getty Images

Trump, Greta saling bertukar komen sinis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melabel aktivis Sweden yang menyertai flotilla ke Gaza, Greta Thunberg sebagai seorang ‘pembuat masalah’, lapor portal berita MailOnline semalam.

Trump turut menuduh Greta mempunyai masalah untuk mengawal kemarahan dan mencadangkan agar dia berjumpa doktor selepas aktivis iklim itu diusir dari Israel.

Greta merupakan antara 171 anggota Global Sumud Flotilla (GSF) yang dibebaskan daripada tahanan Israel Isnin lalu selepas tentera Rejim Zionis menggagalkan cubaan mereka untuk membawa bantuan ke Gaza.

Apabila ditanya mengenai Greta semasa sidang akhbar di Pejabat Oval, White House, Presiden AS itu membuat kenyataan ‘pedas’ mengenai aktivis muda tersebut.

“Dia hanya seorang pembuat masalah. Dia sudah tidak mengambil kisah tentang alam sekitar lagi, sekarang dia masuk campur hal ini (Gaza) pula?

“Dia ada masalah untuk mengawal kemarahan, saya rasa dia patut berjumpa doktor,” ujarnya.

Greta kemudian membalas kenyataan Trump dengan memuat naik hantaran sinis di Instagram semalam.

Dia meminta Presiden itu memberikan tip tentang bagaimana untuk menangani masalah panas baran yang kononnya dialaminya.

“Saya dengar Donald Trump sekali lagi menyuarakan pendapatnya yang sangat ‘menyenangkan’ tentang perwatakan saya. Saya menghargai keprihatinannya terhadap kesihatan mental saya,” tulis Greta.

“Saya dengan senang hati akan menerima sebarang cadangan yang anda (Trump) mungkin ada untuk menangani apa yang dipanggil masalah untuk mengawal kemarahan. Ini kerana berdasarkan rekod pencapaian anda yang mengagumkan, nampaknya anda sendiri turut mengalaminya,” tulis Greta. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI