fbpx
Keadaan sebuah kereta yang dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak hari ini.

Pokok tumbang hempap kereta di Jalan Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kereta yang dia pandu dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak menghala ke Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang pada pukul 1.03 petang.

Katanya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat sebuah pokok tumbang telah menghempap sebuah kenderaan jenjs BMW.

“Mangsa yang terlibat dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di lokasi.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.56 petang dan serah tugas selanjutnya pada pihak DBKL,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI