PETALING JAYA – Sembilan buah kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), telah dipintas tentera Israel sebentar tadi.
Menerusi kenyataan Humanitarian Care Malaysia (MyCare), penahanan itu berlaku sekitar pukul 10.50 pagi ini waktu Malaysia.
“Kesembilan kapal Concious telah dipintas tentera Israel lingkungan jam 10.50 pagi ini waktu Malaysia.
“Lapan delegasi Malaysia diatas kapal Conscience dan seorang delegasi Malaysia di atas kapal Umm Saad,” kata kenyataan itu.
Berdasarkan paparan lintas langsung berhubung status terkini FFC x TMTG, kapal berkenaan telah melepasi garisan kuning dan sedang mendekati garisan merah dengan berbaki lebih kurang 100 batu ke perairan Gaza.
Namun pada kali ini, tentera Israel turut menggunakan helikopter berbanding pengangkutan melalui jalan laut seperti sebelumnya. – KOSMO! ONLINE