fbpx
Tangkap layar seekor kucing bersama anak-anaknya di dalam ‘claw machine’.

[VIDEO] Banyak-banyak tempat, dalam ‘claw machine’ juga kau nak beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian seekor kucing yang beranak di dalam mesin permainan ‘claw machine’ mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok @Paranahba, kelihatan seekor kucing bersama beberapa ekor anaknya berada di dalam mesin permainan tersebut bersama patung-patung mainan.

“Banyak-banyak tempat, sini juga dia mahu beranak. Risau jatuh atau lemas dalam ni, sudah la tiada angin. Unik betul majikan satu ni. Harap-harap tak kacau atau main ‘claw machine’ sampai jadi ayam penyet anak bulus ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata pengguna media sosial terhibur namun dama masa sama turut berasa kasihan melihat keadaan haiwan berkenaan.

“Sudah beritahu pihak pengurusan ke? Kasihan kalau dia orang jenis tak kisah, dibuang saja kucing dan anak-anak dia nanti,” komen Null.

“Pandai dia cari tempat selesa. Kasihan dia kalau kena keluarkan. Bukan beranak, mungkin dia pindahkan anak-anak,” kata Sofea.

“Wah, ‘claw machine’ sekarang ada kucing dah. Harap kucing-kucing tu okay,” komen Andrea. – KOSMO! ONLINE

@paranahbaBanyak2 tempat, sini juga dia mau beranak.. risau jatuh atau lemas dlm ni sd la tiada angin 🥲🥲 unique betul majikan satu ni… harap2 x kacau atau main claw machine jadi ayam penyet anak bulus ini 😭

♬ Funny – Gold-Tiger

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI