fbpx
rakyat Gaza akan terus mempertahankan tanah air mereka walaupun berdepan kekejaman Zionis. – AFP

‘Rakyat Palestin tidak akan menyerah kalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Rakyat Palestin akan tetap mempertahankan tanah air mereka biarpun berlaku pencerobohan dan kemusnahan teruk oleh rejim Zionis.

Ia terbukti apabila penduduk tidak sesekali meninggalkan negara mereka biarpun pelbagai bentuk kezaliman dilakukan oleh tentera penjajah selepas dua tahun Taufan al-Aqsa dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, Pa­lestin merupakan tanah air penduduk Gaza selain bumi barakah dari sudut agama.

“Misalnya Masjid Al-Aqsa ada hadis menceritakan tentang mengimarahkan Masjid Al-Aqsa. Kita di sini pun, kita nak juga bumi Palestin.

“Keberkatan bumi Syam ini bukan penduduk di situ sahaja, tetapi kita bina memakmurkannya. Ini titik kuat kenapa mereka tidak akan keluar dari Palestin,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, sokongan dan bantuan perlu diberikan secara berterusan kepada rakyat Palestin bagi memastikan mereka menyedari masih ramai penduduk dunia menyokong mereka.

“Macam mana kita nak sokong Palestin ini supaya di bawah orang Islam? Ia masih tanggungjawab orang Islam. Rakyat Palestin tahu sokongan antarabangsa memang ada terutama orang Islam.

“Sebab itu di sini pelbagai usaha seperti demonstrasi dan sebagainya, mereka akan merasakan disokong dan dibela oleh penduduk dunia sekali gus menaikkan semangat mereka,” katanya.

tentera Zionis berterusan membedil Gaza memaksa penduduk keluar sejak dua tahun lalu yang menyaksikan kemusnahan teruk di bumi Palestin. – Agensi

Sementara itu, Profesor Madya Sains Politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azmil Mohd. Tayeb berkata, dunia semakin membuka mata terhadap penderitaan rakyat Palestin dan kekejaman Zionis yang cuba bersembunyi di sebalik alasan ‘pertahanan diri’.

“Saya melihat perjuangan rakyat Palestin semakin dihargai dan dikongsi masyarakat dunia dalam dua tahun kebelakangan ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Dunia semakin sedar penderitaan rakyat Palestin dan kekejaman rejim Zionis Israel yang tak dapat disembunyikan lagi kerana media sosial,” katanya.

Menurut Azmil, kekejaman Israel ke atas Gaza tidak pernah berkait dengan isu pertahanan seperti yang sering dijadikan alasan oleh Tel Aviv, sebaliknya adalah satu bentuk penaklukan dan pembersihan etnik yang jelas.

“Genosid di Gaza tidak pernah berkaitan dengan pertahanan Israel. Apa yang terjadi pada 7 Oktober hanyalah alasan yang digunakan untuk meluaskan tanahnya dengan menakluk Gaza,” ujarnya.

Ujar Azmi, situasi kemanusiaan di Gaza jelas melanggar undang-undang antarabangsa, malah disahkan sendiri oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Namun, beliau berpendapat undang-undang antarabangsa sukar ditegakkan kerana Israel tidak pernah menghormatinya dan dilindungi oleh Amerika Syarikat.

“Sulit untuk menggunakan undang-undang antarabangsa bagi mendapat keadilan buat rakyat Palestin sebab Israel tidak pernah menghormatinya, malah ia dilindungi oleh Amerika,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN