fbpx
Gambar hiasan

ASEAN ke-47: 72 sekolah laksana PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 72 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 dan 28 Oktober ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 nanti.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, murid berkenaan masih tertakluk kepada PdPR dan pelajaran dalam talian yang akan dilaksanakan.

“Untuk ASEAN, kita tak boleh tutup (sekolah) tapi, sesi pembelajaran secara dalam talian yang akan dilaksanakan.

“Setakat ini, ia melibatkan murid dan guru di 72 buah sekolah. Jadi, pembelajaran akan berlangsung dalam proses PdPR seperti biasa,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Town Hall ‘Generasi Tanpa Buli’ bersama-sama wakil murid di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini hari ini.

Sebelum ini, KPM turut membenarkan sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor melaksanakan PdPR pada 26 hingga 28 Mei lalu bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Persidangan kemuncak ASEAN bakal bermula pada 26 Oktober ini dan dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi terbesar setakat ini, dengan kehadiran kuasa besar dunia yang berpengaruh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI