fbpx
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah lori di KM 28 Lebuh Raya Karak awal pagi tadi.

Pemandu rentung lori terbakar, laluan sesak teruk Karak ke KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki ditemui rentung selepas terperangkap di dalam lori yang dipandunya di kilometer (KM) 28 Lebuh Raya Karak dari Genting Sempah menuju ibu negara, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.21 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Laporan oleh komander operasi, sebuah lori membawa muatan debu simen telah terbakar akibat daripada kemalangan.

“Anggaran kebakaran adalah 60 peratus dan mangsa, Muhammad Izzat Kamarudin, 28, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN