fbpx
Ahmad Farhan dipenjara enam bulan atas dua pertuduhan mengintai usahawan wanita mandi di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Buruh intai usahawan wanita mandi dipenjara enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Perbuatan keji seorang buruh mengintai seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh popular mandi di sebuah inap desa di Manir di sini pada dua bulan lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh, Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, menukar pengakuan kepada bersalah setelah dua pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 36 tahun di sebuah inap desa di Banggol Peradong, Manir di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 26 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ahmad Farhan Rizal juga didakwa menceroboh inap desa tersebut pada tarikh dan masa sama. Tertuduh berhadapan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM3,000 jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Kosmo! 3 September lalu melaporkan Ahmad Farhan Rizal turut dipenjara enam bulan atas kesalahan positif dadah jenis amphetamine pada sembilan tahun lalu.

Terdahulu seorang pempengaruh berasal dari Ampang, Selangor mendakwa telah diintip dan dirakam sewaktu dia berada di dalam bilik air sebuah inap desa disewanya di Manir di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI