fbpx
Gambar hiasan

Simpanan lebih RM400,000 pesara uzur, buta lesap ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara kerajaan yang uzur dan buta kerugian RM431,742 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer.

Lelaki berusia 73 tahun yang menyedari tertipu telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada 1.58 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, bekas penolong juruaudit tersebut telah dihubungi individu tidak dikenali pada 3 petang, 24 Jun lalu.

“Suspek itu mendakwa kononnya wakil sebuah syarikat insurans mendakwa menerima tuntutan perubatan daripada mangsa yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Selangor.

“Mangsa yang panik menafikan dakwaan tersebut dan mengesyaki butiran peribadinya telah disalah guna sebelum dinasihatkan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, panggilan pesara kerajaan tersebut kemudiannya telah disambung kepada individu lain mendakwa kononnya pegawai polis.

Beliau berkata, lelaki warga emas berkenaan semakin panik apabila dia didakwa turut disiasat atas dakwaan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

“Mangsa kemudiannya diarahkan membuka akaun bank baharu sebelum dimasukkan semuanya wang simpanannya kononnya untuk membantu siasatan.

“Selain itu, dia juga diarahkan agar tidak menggunakan wang dalam akaun bank baharu tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI