fbpx
Sukarelawan GSF berkongsi pengalaman melihat layanan tentera Israel terhadap Greta.

[VIDEO] Greta Thunberg dilayan seperti haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mereka melayannya seperti haiwan.”

Itu antara perkongsian peserta Global Sumud Flotilla (GSF) ketika menceritakan tindakan kejam tentera Zionis ke atas aktivis terkenal dunia, Greta Thunbergyang ditahan sewaktu menyertai misi bantuan ke Gaza baru-baru ini.

Menurut sukarelawan Malaysia, Hazwani Helmi, Greta turut dipukul dengan begitu kuat tanpa belas ihsan oleh tentera Israel selain mereka menampal bendera negara itu di wajahnya.

Selain itu, salah seorang sukarelawan dari Amerika Syarikat, Windfield Beaver memberitahu, Greta dilayan sangat teruk berbanding sukarelawan lain ketika dalam tahanan.

“Saya melihat sendiri bagaimana mereka memukulnya. Mereka memasang bendera Israel pada wajahnya. Mereka mengikatnya pada troli dan menyeretnya.

“Mereka memukulnya dengan sesuka hati di mana sahaja mereka mahu,” katanya ketika sesi temu bual bersama media tempatan di Lapangan Terbang Istanbul semalam.

Tambahnya, Greta dibawa ke bilik tertutup yang mana Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir dikatakan turut berada ke ruang tersebut.

“Ben-Gvir masuk ke dalam bilik bersama dia (Greta). Kami hanya mampu mendengar jeritan. Ia sangat menakutkan,” kongsinya.

Tedahulu, lebih 400 peserta GSF dari pelbagai negara ditahan pihak Israel ketika cuba memecahkan ‘blokade’ laut sejak 17 tahun lalu terhadap Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan termasuk makanan serta ubat-ubatan.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke penjara di Ashdod, Israel bagi proses penahanan. – KOSMO! ONLINE

@ahmadzamri.rozali #sumudnusantara2025 #sumudflotillanusantara🇲🇾🇵🇸 #flotillasolidaria #stand4gretha #gretathunberg ♬ original sound – AhmadZamri

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI