fbpx
Anggota bomba ketika di lokasi kejadian di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan, hari ini. IHSAN BOMBA

Kereta terbakar: Mayat ditemukan di dalam, luar Proton Saga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Mayat kedua-dua lelaki yang rentung dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta di Jalan Sungai Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di sini, tadi ditemukan di dalam dan luar kereta jenis Proton Saga BLM berwarna perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis pula berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.09 pagi tadi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah kereta yang berpunca dari nahas kemalangan jalan raya.

“Seorang mangsa ditemukan di luar manakala seorang lagi di dalam kereta. Anggaran kemusnahan kereta jenis Proton Saga BLM berwarna perak itu adalah sebanyak 80 peratus.

“Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian dan seterusnya dibawa ke Hospital Kepala Batas dengan menaiki kenderaan logistik polis bagi tujuan bedah siasat,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI