fbpx

‘Sikit lagi, tak sabar nak tunggu Ardell balik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nadzmi Adhwa tidak sabar menanti kepulangan isteri tercinta, Adell Aryana yang merupakan salah seorang sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini ditahan di Israel.

Kekal positif, Nadzmi berkata, dia paling teruja untuk menunggu detik Ardell menceritakan pengalaman berlayar sehingga kapal dinaiki dipintas oleh rejim zionis.

“Tak sabar nak tunggu Ardell balik ceritakan macam mana mereka boleh senyap-senyap menyelinap ketika serangan daripada Israel.

“Kemudian sikit lagi nak sampai ke pantai Gaza. Dahsyatlah Mikeno (kapal dinaiki Ardell) ini.

“Nanti balik dan cerita pada kami semua. Kami tunggu!” katanya dalam platform Threads.

Menerusi hantaran lain, dia turut berbangga dengan kejayaan delegasi gelombang pertama GSF yang berjaya membuka mata seluruh dunia mengenai Gaza meski gagal tiba ke destinasi yang dituju.

“Kita berjaya memecahkan kesunyian. Seluruh dunia bangkit bersuara, menyuarakan rasa cinta sesama manusia.

“Seperti kata isteri saya, selepas ini pasti akan muncul lagi para pemberani yang akan meneruskan perjuangan ini.

“Langkah seterusnya, kita akan memecah kepungan!” ujarnya.

Semalam, kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang terlibat dengan GSF ditahan ketika berlayar di zon merah sebelum memasuki perairan Gaza.

Antara yang ditahan ialah selebriti tanah air iaitu Zizi Kirana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia sedang melaksana sehabis usaha untuk membebaskan semua sukarelawan Malaysia dalam misi (GSF) yang ditahan Israel.

Anwar turut memaklumkan, proses negosiasi diplomatik beliau dengan negara besar seperti Presiden Turki, Qatar dan menghubungi Setiausaha AS telah dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI