fbpx
Gambar terkini semua sukarelawan Malaysia yang menyertai GSF dimuat baik SNCC yang menyifatkan sebagai telah ditahan oleh Israel.

Steven Sim gesa Israel lepaskan 23 rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menggesa rejim Zionis membebaskan segera 23 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Gesaan itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan ratusan delegasi antarabangsa pada majlis Gala Dinner World Social Security Forum (WSSF) 2025 di ibu negara malam tadi.

“Dunia tidak boleh lagi berdiam diri. Mereka yang ditahan ini bukan kerana melakukan jenayah, tetapi kerana keberanian mereka membawa misi keamanan,” katanya.

Dalam ucapannya, Steven turut menyentuh isu keselamatan pekerja di peringkat global, namun mengakui nuraninya terusik dengan nasib aktivis yang dirampas kebebasan oleh tentera Israel.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Presiden Pertubuhan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengecam keras tindakan Israel menahan sukarelawan Malaysia berkenaan.

Anwar turut menghubungi Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi menyatakan kebimbangan Malaysia.

Beliau menegaskan aktivis flotila dari seluruh dunia perlu dibebaskan segera kerana membawa bantuan penting untuk rakyat Gaza yang sedang menderita.

Malaysia menurutnya akan menggunakan segala saluran undang-undang antarabangsa untuk menuntut pertanggungjawaban Israel terutama apabila keselamatan warganegara sendiri menjadi taruhan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI