fbpx
Suspek (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Guru ‘sentuh’ pelajar di parkir direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Polis menahan reman seorang guru sekolah menengah di negeri ini selama empat hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar tingkatan dua di parkir sebuah kompleks beli-belah di Bayan Baru, tahun lalu.

Tempoh tahanan reman terhadap suspek yang berusia 32 tahun itu dijalankan bermula hari ini sehingga 6 Oktober nanti untuk siasatan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret Balik Pulau, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Terdahulu, suspek dibawa ke mahkamah berkenaan dalam keadaan kedua-dua tangan bergari dengan diiringi anggota polis, kira-kira pukul 8.14 pagi.

Difahamkan, suspek hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) setelah mangsa berusia 14 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian berlaku pada November tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI