fbpx
KK SUPER MART dan RHB Islamic meterai kolaborasi strategik di RHB Centre, baru-baru ini.

KK Super Mart, RHB Islamic lancar kempen ganjaran untuk 600,000 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih 600,000 pelajar di universiti awam, kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di seluruh negara bakal menikmati ganjaran khas menerusi kerjasama strategik antara KK Super Mart dan RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic).

Inisiatif itu dilaksanakan melalui pelancaran kempen gandaan mata KK Super Mart bermula 1 Oktober ini, khusus kepada pemegang Kad MySiswa dan Kad MyTVETKPM.

Bagi menjayakan usaha tersebut, KK Super Mart memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta, meliputi kos pemasaran serta pemberian mata ganjaran bernilai wang tunai yang boleh ditebus menerusi aplikasi KK Reward.

Pengarah Urusan KK Super Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai berkata, usaha itu membuktikan bagaimana sektor peruncitan, perbankan dan pendidikan bergabung demi menjaga kebajikan pelajar.

“Kad MySiswa dan Kad MyTVETKPM bukan sekadar memudahkan urusan sebagai kad pelajar dan kad debit bank, malah memberi nilai tambah apabila berbelanja di KK Super Mart,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali berkata, kerjasama tersebut seiring komitmen bank berkenaan dalam memajukan keterangkuman kewangan serta memperkayakan pengalaman pendidikan pelajar.

Selain kempen ganjaran, kedua-dua pihak turut bersetuju melaksanakan program amal bersama melibatkan kakitangan Kumpulan Perbankan RHB.

Melalui inisiatif itu, kakitangan boleh menggunakan geran RM100 di bawah Sumbangan Asas Rahmah (Sara Madani) untuk membeli barangan runcit di KK Super Mart sebelum disumbangkan kepada pelajar memerlukan.

KK Super Mart yang kini mempunyai lebih 1,029 cawangan beroperasi 24 jam di seluruh negara sebelum ini turut aktif menyokong pelbagai inisiatif kebajikan termasuk Bakul Rahmah, Food Bank Ramadan dan tajaan tiket pulang ke kampung sempena Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI