fbpx
Senarai delegasi Malaysia yang menyertai misi GSF ke Gaza.

Mapim himpun keluarga aktivis flotila doakan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menganjurkan Pertemuan Keluarga Aktivis Flotilla Nusantara bagi mendoakan keselamatan dan ketabahan semua aktivis kemanusiaan yang kini menyertai misi Sumud Flotilla ke Gaza.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, majlis itu bakal menghimpunkan semua ahli keluarga aktivis peserta flotilla berkenaan sebagai tanda solidariti dan sokongan moral terhadap perjuangan mereka di lapangan.

Menurut beliau, pihaknya juga berusaha untuk menghadirkan Perdana Menteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi bersama-sama menyatakan sokongan kepada para aktivis.

“Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk berkongsi doa, solidariti dan harapan agar mereka dilindungi daripada segala ancaman dan bahaya sepanjang misi, dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam perjuangan kemanusiaan, dan selamat pulang ke tanah air dalam keadaan sihat serta sejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, doa dan sokongan rakyat Malaysia amat penting sebagai pendorong semangat kepada aktivis yang berjuang membawa misi kemanusiaan ke Gaza.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan seramai 23 sukarelawan daripada Malaysia yang menyertai konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI