fbpx
KENDERAAN penjara Israel yang dipercayai digunakan untuk membawa aktivis GSF tiba di Pelabuhan Ashdod hari ini. - X

Kapal, aktivis flotila dibawa ke pelabuhan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​​TEL AVIV – Kapal-kapal dan aktivis Global Sumud Flotilla yang ditahan secara haram oleh Israel sedang dibawa ke Pelabuhan Ashdod, lapor agensi berita Anadolu.

Kapal-kapal dari flotila tersebut mula tiba di Ashdod hari ini setelah ditahan Tentera Laut Israel semalam.

Wartawan Anadolu di tempat kejadian melihat beberapa aktivis di dek kapal memakai jaket keselamatan berwarna oren.

Bendera Palestin dilihat berkibar pada salah satu kapal yang dirampas secara haram itu, sementara aktiviti kapal tentera Israel didapati berterusan di sekitar pelabuhan Ashdod sejak tengah hari.

​Pihak penganjur melaporkan bahawa tentera laut Israel memintas flotila bantuan antarabangsa yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza itu dan menahan 317 aktivis.

​Aktivis yang ditahan terdiri daripada pelbagai warganegara termasuk Sepanyol, Itali, Brazil, Turkiye, Greece, Amerika, Jerman, Sweden, Britain dan Perancis.

Kementerian Luar Israel menyatakan di platform X bahawa aktivis-aktivis yang ditahan sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Ashdod Israel, dan dari sana mereka akan dihantar pulang ke Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI