“Minat saya dalam dunia masakan terasuh oleh arwah ibu saya sejak kecil. Ibu saya orang Kelantan dan nasi kerabu merupakan makanan kegemaran arwah. “Dia (ibu) ajar saya cara memasak kuah tumis nasi kerabu hanya dengan memberi arahan menggunakan mulut dan saya cuba buat, terus jadi.” Itu ungkap Nurmunirah Abdul Rahman, usahawan wanita yang berjaya dalam perniagaan nasi kerabu di Kuantan, Pahang apabila sudah mempunyai dua cawangan kedai yang sentiasa menjadi buruan penggemar menu autentik negeri Cik Siti Wan Kembang itu.……