fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beberapa aktivis pro-Palestin ditahan tentera Israel. - X

Israel akan hantar pulang aktivis flotila ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Kementerian Luar Israel mengesahkan akan menghantar pulang aktivis-aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh tentera lautnya, lapor saluran berita CNN. 

“Beberapa kapal GSF telah dihentikan dengan selamat. Semua penumpang sedang dibawa Israel di mana prosedur pengusiran mereka ke Eropah akan bermula,” kata kementerian itu di laman X. 

Kenyataan itu dibuat selepas aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg dan beberapa penumpang lain yang menyertai flotilla ke Gaza ditahan oleh tentera Israel. 

“Thunberg dan rakan-rakannya selamat dan dalam keadaan sihat,” tambah kementerian sama selepas  klip video tular memaparkan Thunberg duduk di atas lantai sambil dikelilingi anggota tentera. 

GSF menyifatkan tindakan Israel memintas kapal-kapalnya sebagai ‘serangan haram ke atas misi kemanusiaan tidak bersenjata’. 

Israel bagaimanapun menuduh mereka ‘tidak berminat untuk menyampaikan bantuan tetapi mahu mencetuskan provokasi’. 

“Kami menyeru kerajaan dan institusi antarabangsa untuk menuntut keselamatan dan pembebasan segera mereka yang ditahan,” kata GSF dalam satu kenyataan di platform Telegram.

Perkara itu berlaku beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menganjurkan pelan damai untuk menamatkan perang di Gaza bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI