fbpx
REN BAO tetap kecewa dengan aksi keseluruhan hari ini meskipun menjadi pelumba terbaik Malaysia bagi peringkat kelima. - MOHAMAD IQBAL ROSLI

LTdL 2025: Ren Bao akui aksi Bukit Fraser mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Pelumba muda negara, Tsen Ren Bao menjadi pelumba terbaik Malaysia di peringkat kelima selepas menamatkan perlumbaan dari Temerloh ke Bukit Fraser hari ini di kedudukan ke-44.

Dia yang beraksi bersama pasukan dari Australia, St. George Continental Cycling bagaimanapun, mengakui kecewa kerana tidak dapat mencapai objektif menamatkan perlumbaan dalam kelompok hadapan.

Ren Bao berkata, pendakian ke Bukit Fraser bukan sesuatu yang mudah sehingga tidak dapat berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik Asia pada perlumbaan hari ini.

“Banyak cabaran yang perlu dihadapi pada perlumbaan hari ini, terutamanya melalui selekoh ketika mendaki Bukit Fraser. Pada 10 atau 15 kilometer (km) terakhir, ada pelumba yang mula menjarakkan diri.

“Ketika itu, sudah jauh ketinggalan dan tidak ada guna jika saya mengejar. Memang saya kecewa kerana tidak dapat menamatkan perlumbaan dalam kelompok hadapan bersama pelumba-pelumba Asia lain,” katanya.

Sementara itu, dia juga mengakui lebih memilih pendakian di Genting Highland berbanding Bukit Fraser kerana menganggap ia lebih sesuai dengan gaya tunggangannya yang lebih selesa dengan laluan curam.

“Kalau di Genting Highland, ada lebih banyak pilihan kerana jalan lebih luas berbanding Bukit Fraser. Di sini, keadaan agak berangin dan berdepan pelumba-pelumba WorldTour, memang sukar,” ujar Ren Bao. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI