fbpx
Shikata (empat dari kiri) menyerahkan bot penyelamat kepada Masro (tiga dari kiri) sambil disaksikan Lokman Hakim di Pangkalan Udara Jugra, Banting, hari ini.

TUDM terima 7 bot penyelamat dari Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima tujuh bot penyelamat jenis JE-470 untuk kegunaan Pasukan Khas TUDM (Paskau) di bawah Program Bantuan Keselamatan Rasmi (OSA) daripada Kerajaan Jepun.

Menurut TUDM, perolehan bot itu akan meningkatkan keupayaan operasi Paskau terutama dalam operasi udara, misi khas dan bantuan kemanusiaan (HADR) sekali gus memperkukuh kerjasama pertahanan strategik Malaysia–Jepun.

“Aset ini dapat memperkukuh tahap mobiliti serta kesiapsiagaan TUDM dalam mempertahankan dan menjaga kepentingan negara.

“Malah, penyerahan ini memperjelas komitmen Jepun dalam menyokong kestabilan serantau khususnya dalam aspek pemantauan maritim, kawalan sempadan dan operasi keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bot berkenaan diserahkan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, H.E. Shikata Noriyuki kepada Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro Kaliwon TUDM, yang mewakili Panglima Tentera Udara.

Majlis penyerahan aset berkenaan disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali yang berlangsung di Pangkalan Udara Jugra, Banting, hari ini.

Dalam pada itu, TUDM berkata, inisiatif itu bermula selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Disember 2023 bersetuju menerima bantuan geran bernilai ¥400 juta (RM12.63 juta) daripada Kerajaan Jepun bagi pembelian peralatan bukan persenjataan.

Susulan itu, perjanjian Exchange of Notes (EN) dimeterai pada 16 Disember 2023 antara Malaysia dan Japan International Cooperation System (JICS).

“Setakat ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima beberapa aset secara berperingkat termasuk drone tanpa pemandu (UAV), bot penyelamat dan Road Cleaning Truck (RCT).

“UAV mula diserahkan sejak 22 September lalu kepada Tentera Darat, Tentera Laut serta Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN