fbpx
Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat mula mendapatkan petrol subsidi RON95 mulai semalam. - GAMBAR HIASAN

Kerja ulang-alik Melaka-KL, 300 liter tak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Walaupun pelaksanaan Budi Madani RON95 (Budi95) memberi penjimatan kepada pengguna dengan had 300 liter sebulan, namun masih ada pengguna yang perlu berbelanja lebih ekoran kekerapan mereka melakukan perjalanan jauh untuk bekerja.

Seorang pekerja swasta, Normaalif Abu Bakar, 36, berkata, penetapan 300 liter se­bulan itu mungkin tidak mencukupi buatnya yang perlu berulang-alik antara Melaka dan Kuala Lumpur hampir setiap hari atas urusan kerja.

“Bila selalu memandu jauh, minyak akan cepat habis dan saya terpaksa guna kuota isteri untuk cukupkan. Bagaimanapun, kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan ini sangat baik kerana dapat cegah salah guna terutama oleh warga asing.

“Sekurang-kurangnya harga lebih murah, dari RM2.05 seliter sebelum ini turun kepada RM1.99,” katanya.

Muhammad Amin Sulaiman, 30, pemandu per­khidmatan penghantaran dari Bukit Katil turut menyua­rakan rasa lega dengan penjimatan yang diperoleh.

“Biasanya lebih RM200 sebulan habis untuk minyak. Dengan Budi95 memang ba­nyak jimat.

“Kalau dulu isi RM6 tak penuh, hari ini RM6 sudah penuh tangki,” ujarnya.

Di Johor Bahru, seorang penyelia, Megat Hazwan Megat Abdul Hamid, 44, mengakui pelaksanaan inisiatif Budi95 yang dinikmati semalam boleh mengurangkan kos perbelanjaan bahan api setiap bulan.

“Kalau kerja di sekitar Johor Bahru, isi minyak penuh RM50 dan mampu bertahan selama tiga hari, kalau luar daerah seperti Kota Tinggi dan daerah lain, sehari mung­kin RM50,” katanya.

Menurut Megat Hazwan, jika diikutkan dengan situasi kerjanya, kuota 300 liter sememangnya tidak mencukupi.

“Kerja saya memang ‘tra­vel’ hari-hari, sebulan le­bih 300 liter guna, jadi kalau boleh mereka yang kerja macam kami ini, kerajaan pertimbangkan tambah nilai kuota 300 liter.

“Namun apa yang kami dapat hari ini sudah bersyukur sangat-sangat” kata­nya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN